Wednesday, August 4, 2010

Masjid Besi

PUTRAJAYA: `Masjid Besi' berharga RM200 juta di Presint 3 di sini yang dijangka siap sepenuhnya Ogos ini, bakal menjadi mercu tanda baru bandaraya pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini akan menjadi tarikan pelancong disamping memberi keselesaan beribadat. Apabila masjid ini siap, ia boleh menampung jemaah sehingga 20,000 pada satu-satu masa.

Antara ciri istimewa masjid yang dibina ini adalah ia menggunakan 6,000 tan keluli yang membentuk 70 peratus daripada bahan binaannya menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China. Apabila siap, masjid berkenaan akan diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bakal diberikan nama lain. Masjid mula dibina pada 2004 tetapi pembinaannya terlalu perlahan. Keluli yang menjadi kerangka tiang dan dinding masjid juga dikemaskan dengan bahan telus cahaya dikenali `crystalized glass' bagi membolehkania kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan masjid yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.

Setiap panel dinding luar masjid dinamakan Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau `architectual wire mesh' yangmempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar. Yang lebih uniknya tentang masjid ini, ia tidak mempunyai kipas angin, sebaliknya menggunakan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin. Beliau berkata, anyaman Masyrabiah diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat dinegara ini. Ia juga dilitupi panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga daripada jenis besi tahan karat selain hiasan kaligrafi di setiap ruang bangunan itu.

Perjalanan ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid, Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi.Kawasan yang menghadap kiblat itu dihiasi kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba al-Hambra.

INFO Masjid Besi
* 10 bazar atau ruang niaga dalam kawasan masjid.
* Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang.
* Bilik pengurusan jenazah.
* Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang.
* Bilik kawalan audio visual.
* Ruang letak kereta (bawah tanah).
* Kiblat Walk - ruang kolam umpama Istana al-Hambra yang menghadapKiblat.
* Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir AsmaUl-Husna.
* Sahn - kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang.
* Dinding Mihrab - kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kacadengan ukiran ayat al-Baqarah dan Ibrahim kelihatan seolah-olah terapung di udara.

No comments:

Post a Comment